5 tips Rumah Tangga Pasangan Baru Kahwin yg wajib anda baca.
Liza sendiri pun rasa mcam baru jugak berkahwin
5 Tips Rumah Tangga Pasangan Baru Kahwin
1. Tips Rumah TanggaSedia fizikal mental. Bermula dengan cabaran mengumpul sumber kewangan hanya dalam masa setahun benar-benar menuntut banyak pengorbanan. Makan tak cukup, tidur tak lena. Perkara biasa. Pertanyaan rakan-rakan yang sinis dengan niat baik. Semua ni, hanyalah godaan. Kita nak buat perkara baik. Letak tepi semua itu. Inilah antara langkah awal yang membuktikan seorang lelaki sudah bersedia menjadi seorang suami. Bakal isteri pasti akan lebih kagum dan yakin dengan kesungguhan bakal pasangannya, walaupun pasti keduanya sedar “duit bukan segala-galanya.”
2. Tips Rumah Tangga
Terima pasangan seadanya. Ini penting. Masa bercinta mungkin lain selepas masa si dia menjadi pasangan kita. Lupakan semua tu. Sekarang, masing-masing sudah menjadi pasangan suami isteri. Menerima kekurangan pasangan adalah langkah paling tepat untuk memulakan sebuah perkongsian hidup. Andai isteri kurang pandai memasak, berikanlah galakan kepada isteri. Bukan memerli isteri apatah lagi di depan keluarga kita. Itu pasti akan mengundang bekas yang dalam dalam hati isteri. Kelebihan yang ada, wajar dirai bersama. Kita suami isteri, bukan lagi nafsi-nafsi, tapi kita berkongsi.
3. Tips Rumah Tangga
Puji dan tegur bertempat. Isteri mana yang tak suka dipuji. Lebih-lebih lagi oleh suami sendiri. Suami pula, banyak yang sukar untuk lafaz kata-kata pujian melainkan mungkin ada ‘udang di sebalik maggi ketam.’ Usahalah untuk memberi pujian kepada isteri. Lebih-lebih lagi jika isteri kita ada buat perubahan pada diri mereka. Contohnya isteri baru lepas potong rambut. Pujilah isteri, “sayang nampak lebih comel rambut pendek…abang sukalah.” Senang sajakan?
4. Tips Rumah Tangga
Saling percaya. Ini penting. Kalau percaya, insyaAllah tiada istilah curang dan main kayu tiga. Bila sudah diberi kepercayaan, janganlah dikhianati. Mana ada manusia yang suka dikhianati. Perempuan, yakni isteri memang pantang kalau suaminya menipu. Sekali terluka, payah nak diubati. Percayalah. Ia akan masa bertahun untuk benar-benar mengubati luka sebegini.
5. Tips Rumah Tangga
Jadikan rutin untuk makan bersama. Satu perkara yang amat melekat dalam hidup saya ialah bagaimana Ma dan Abah saya sentiasa makan bersama. Kami diajar untuk sentiasa duduk makan bersama. Paling tidak ialah makan malam. Pasti lengkap kami sekeluarga mengadap hidangan masakan Ma tercinta. Inilah resepi terbaik yang Ma & Abah perturunkan kepada kami. Inilah saatnya untuk bermesra dengan anak-anak dan isteri. Saling senduk menyenduk dan saling bertambah nasi.
info dari : http://www.hafizmohd.com/keluarga/5-tips-rumah-tangga-pasangan-baru-kahwin/
Comments
Post a Comment